Hari masih awal, waktu asar masih panjang, seorang perempuan berusia awal 50an dan masih sihat sedang menyapu lantai surau di Taman Keramat Kuala Lumpur. Surau ini baharu siap dibesarkan dan ia digunakan untuk sembahyang Jumaat. Khabarnya seorang kontraktor menanggung kos ubahsuai. Perempuan ini nampak bersungguh-sungguh dalam kerjanya.. Saya menyapa perempuan itu “Awak kerja sini ke, saya tak pernah lihat awak di sini” . Tidak” , ia segera menyahut . “ Saya suka rumah Allah, saya suka tempat ini, ia cantik dan bersih. Saya datang awal dua jam sebelum maghrib untuk mencuci rumah Allah, nama saya Fatimah, saya saudara baru,” Fatimah terus bercerita.