
Tidak ada yang kekal di atas dunia ini, semuanya akan binasa. Semuanya akan kembali kepada Allah belaka. Sebagaimana yang selalu kita sebut Inna Lillah Wa inna iIaihi Raajiuun. Dari Allah kita datang kepada Allah kita kembali. Disamping manusia dan jin (yang ditaklifkan agama ke atasnya), haiwan juga akan dipanggil untuk menghadap Allah di hari kiamat. Haiwan tidak mengalami nasib seperti manusia kerana semuanya akan dijadikan tanah selepas tamat urusan sesama mereka.